27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

405 kes positif COVID-19 libat mangsa banjir dikesan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 405 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun beliau berkata, tiada kes positif wabak tersebut yang dilaporkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir 53,696 orang.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Seramai 148 mengalami Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), Penyakit Kulit (93 kes), Acute Gastroenteritis (AGE) (75 kes) dan Konjunktivitis (8 kes),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham mengingatkan mangsa banjir agar memaklumkan status risiko COVID-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif atau dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Beliau berkata, ini bagi membolehkan tindakan sewajarnya dapat diambil ketika proses pemindahan dan penyelamatan dilakukan.

Katanya, mangsa banjir juga perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan normal baharu sewaktu proses pemindahan.

Manakala sepanjang tempoh berada di PPS pula, mereka perlu sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan memaklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19.

Dr Noor Hisham juga menasihat mangsa banjir agar mengelak daripada berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mereka ketika berada di PPS.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan