32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

122 cerun berpotensi tanah runtuh dikesan di seluruh negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengenal pasti 122 lokasi cerun yang diklasifikasikan sebagai kritikal tahap tinggi
(hot spots) dan berpotensi berlakunya bencana tanah runtuh.

Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, antara kawasan hot spots tanah runtuh yang telah dikenal pasti adalah di Bukit Antarabangsa dan Sungai Penchala di Selangor, Cameron Highland (Pahang), Genting Peres (Negeri Sembilan) dan Gunung Jerai di Kedah.

Selain itu, pihaknya juga mengenal pasti 30 kawasan yang berpotensi mengalami runtuhan tanah di Pulau Pinang.

“Di Sarawak, kawasan hotspot ialah di Bukit Canada di Miri, Kapit dan Santubong manakala di Sabah ialah di Keningau, Kampung Kiau-Melangkap-Kundasang-Ranau, Sandakan, Sepanggar dan Kota Kinabalu.

“Di harap agar melalui perkongsian ini orang ramai akan lebih berwaspada dan dapat mengambil tindakan awal atau segera jika wujud tanda awal berlakunya tanah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, JMG telah memuat naik maklumat berkenaan dalam media sosial rasmi Jabatan seperti Twitter dan Facebook.

Menurutnya, maklumat berkenaan turut dikongsikan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta juga ahli Jawatankuasa Plan Induk Cerun Negara yang turut dianggotai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan dan Agensi yang terlibat dalam SAR.

“KeTSA melalu JMG sedang membangunkan sistem amaran awal dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui projek perintis di Gunung Jerai, Kedah.

“Kerja-kerja untuk mendapatkan nilai ambang (threshold value) kadar curahan hujan sedang giat dilaksanakan bagi membuat ramalan amaran awal tanah runtuh kepada penduduk setempat.

Terdahulu, Takiyuddin turut menyatakan Jabatan Meterologi Malaysia telah melaporkan bahawa Fasa Timur Laut telah bermula pada 3 November lalu dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2022 dengan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh akan berlaku di kebanyakan negeri dengan purata hujan di antara 50 mm hingga 850 mm.

“Curahan hujan berterusan yang bermula pada 16 sehingga 19 Disember lalu telah mengakibatkan bencana banjir dan tanah runtuh khususnya di Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Lebih daripada 100 kejadian tanah runtuh telah direkodkan di kedua-dua negeri tersebut.

Menurutnya, sebagai tindakan kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana geologi tanah runtuh, JMG telah melaksanakan pemantauan terhadap 220 cerun kritikal di seluruh negara.

Sehubungan itu, orang awam diminta menghubungi segera talian Hotline PIC JMG Negeri yang boleh didapati di portal rasmi JMG Malaysia (www.jmg.gov.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memaklumkan sebarang tanda atau kejadian tanah runtuh yanq berlaku.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan