32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

JPJ siasat dakwaan pegawai jual ‘lesen terbang’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIASATAN bersama antara Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dijalankan berhubung dakwaan ada pegawainya terbabit kegiatan menjual ‘lesen terbang’.

JPJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang ‘influencer’ media sosial menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

“Individu itu mendakwa terdapat pegawai JPJ yang terbabit secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu.

“JPJ mengambil serius akan kenyataan itu dan siasatan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak SPRM.

“Sehubungan dengan itu, JPJ akan memanggil ‘influencer’ terbabit untuk mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan jabatan,” kata jabatan berkenaan.

Katanya, JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku membabitkan warga kerjanya jika benar seperti yang didakwa.

“Sehingga kini, beberapa siri siasatan SPRM sudah dijalankan seperti yang dilaporkan oleh media, contohnya pada 2018,” katanya.

Terdahulu, individu terbabit dalam hantaran video di Facebook yang bertajuk ‘Lesen Gerenti Lulus’, mendakwa wujud tawaran menerusi media sosial mendapatkan ‘lesen terbang’ atau lesen memandu tanpa perlu mengikut prosedur sah.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan