24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

HRD Corp kendali semua latihan peningkatan kemahiran – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri berkata, semua latihan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian kemahiran akan diletakkan di bawah satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Sumber Manusia yang dikendalikan oleh HRD Corp bagi mengelakkan pertindihan.

Perdana Menteri berkata, HRD Corp bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar sebagai agensi pusat untuk semua program pembangunan modal insan, bukan sahaja untuk golongan pekerja bahkan untuk semua warga Malaysia, selaras dengan penjenamaan baru agensi ini.

Menurutnya, usaha berkenaan akan diterjemahkan melalui platform bersepadu atau single window untuk rakyat Malaysia mencari dan
memohon program pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Platform bersepadu ini akan diakses lebih sejuta rakyat Malaysia pada tahun hadapan. Sebanyak 5,000 kursus akan ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dan dijangka seramai 220,000 peserta akan menyertainya dengan pembiayaan kerajaan.

“Selaras dengan misi HRD Corp untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia dengan pembelajaran sepanjang hayat dan memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan, saya berharap HRD Corp akan dapat memberikan manfaat serta impak yang besar kepada negara untuk jangka panjang,” katanya.

Baca juga:   Nak buat usul tak percaya ke atas Muhyiddin, lepas tu siapa PM?

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jenama HRD CORP dan Platform Sehenti Program Kemahiran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, Pengerusi HRD Corp, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ketua Eksekutif HRD Corp., Datuk Shahul Dawood.

Baca juga:   Kerajaan bekerjasama dengan Microsoft atasi penipuan siber

Perdana Menteri turut meluahkan keyakinan bahawa HRD Corp mampu terus menyokong visi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berteraskan ekonomi digital, melalui pembangunan aset negara yang paling berharga, yakni Keluarga Malaysia sendiri.

Hal ini, kata beliau, selaras dengan aspirasi kerajaan yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12), berteraskan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, HRD Corp telah berada di barisan hadapan dalam usaha pembangunan tenaga kerja negara sejak tiga dekad yang lalu.

Katanya, peranan HRD Corp menjadi semakin penting sepanjang tempoh 18 bulan ini, apabila ia memperkenalkan pelbagai program untuk melindungi pekerjaan sedia ada dan mencipta peluang baharu untuk rakyat Malaysia.

“Ini termasuk program latihan kemahiran dan penjanaan pendapatan, PENJANA HRDF. Program ini telah diperkenalkan pada Jun tahun lalu dan membantu hampir 100,000 peserta menerusi lima skim utama iaitu Place & Train, B40 Development, Gerak Insan Gemilang (GIG), Industrial Revolution 4.0 dan SME Development.

“Pada bulan Februari lalu, HRD Corp telah memperkenalkan hab pembelajaran dalam talian percuma, e-LATiH, yang kini mempunyai seramai 154,000 pelajar berdaftar dan 400,000 enrolment dalam lebih 400 kursus kemahiran pelbagai.

Baca juga:   Mindmatics sasar dua sistem dibangun tembusi pasaran ASEAN

Tambah Ismail Sabri lagi, HRD Corp juga telah melahirkan HRD Corp Placement Centre (HPC), portal sehenti pemadanan dan penempataan
pekerjaan yang telah menyediakan hampir 40,000 penempatan pekerjaan semenjak April tahun ini.

Baca juga:   RFID perlu lebih cekap, tahan lasak, murah atau percuma - Najib

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri

PROGRAM Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Lagi Artikel Berkaitan