24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

515 kes baharu varian Delta dilapor sejak 25 November

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 515 kes baharu varian Delta dilaporkan daripada 25 November lalu sehingga ke hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, University Malaysia Sarawak’s Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS) telah mengenal pasti sebanyak 415 kes baharu yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

“UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM) pula telah mengenal pasti sebanyak 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2), Malaysia Genome & Vaccine Insitute (MGI) telah mengenal pasti sebanyak 44 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

“Manakala Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenal pasti 10 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 4,692 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

Katanya, secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 4,432 kes varian Delta;226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak; 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa; dan tiga kes varian Eta,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, semua penerbangan terus atau transit dari negara yang melaporkan penularan VOC Omicron atau negara yang berisiko tinggi berlaku penularan VOC itu masih disekat setakt hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, ia membabitkan negara-negara Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Katanya, KKM kini memantau dan menjalankan penilaian risiko bagi menentukan negara-negara berisiko tinggi berikutan penemuan varian Omicron (B.1.1.259) baru-baru ini.

“Justeru pengembara dari negara-negara yang atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan untuk menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi (GPL).

Katanya, bagi penduduk Langkawi baik warganegara atau pemegang pas lawatan panjang dari negara-negara yang disenaraikan berisiko atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari, mereka perlu melalui pintu masuk antarabangsa KLIA sahaja dan menjalani kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Langkawi.

“Penerbangan terus ke Langkawi tidak dibenarkan.

“Pada masa yang sama, KKM juga sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai Gelembung Pelancongan Langkawi,” katanya.

Senarai negara-negara yang dilaporkan mempunyai kes varian Omicron dikemaskini setiap hari dan boleh diakses di laman sesawang KKM.

-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan