28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

5,806 kes baharu, kes sembuh 7,246 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu COVID-19 masih kekal pada paras angka 5,000 dengan 5,806 kes baharu Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,644,027.

Kes sembuh yang dilaporkan mengatasi kes harian dengan 7,246 kes menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,551,253 kes atau 96.5 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian yang dilaporkan sebanyak 11 kes adalah kes import.

“Manakala penularan tempatan sebanyak 5,795 kes dengan membabitkan seramai 5,542 warganegara (95.6 peratus) dan 253 bukan warganegara (4.4 peratus).

“Terdapat 103 kes atau 1.8 peratus daripada kes harian adalah daripada kategori 3, 4, 5; dan
5,703 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 511 kes (368 kes disahkan COVID-19 ; 143 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sebanyak 266 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan (145 kes disahkan COVID-19 ; 121 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Katanya lagi, bagi kes kluster, terdapat pertambahan iaitu sebanyak enam kluster dilaporkan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Dua bot Vietnam ditahan sedang leka kaut hasil laut

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menahan dua buah bot nelayan asing Vietnam sedang leka...

Lagi Artikel Berkaitan