32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Harga ais tidak patut naik, tegur PM kepada pengeluar

Perdana Menteri arah KPDNHEP buat kajian terperinci mengenai kos pengeluaran ais dan roti putih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA ais tidak sepatutnya naik kerana tiada kenaikan tarif air dan elektrik manakala bekalan air begitu mudah diperoleh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

berkata, tidak ada sebab untuk syarikat pengeluar ais menaikkan harga.

Sehubungan dengan itu, Ismail Sabri menegur tindakan syarikat pengeluar ais yang didapati menaikkan harga barangan itu, sebagiamana yang dilaporan media semalam.

“Roti Gardenia contohnya, di mana gandum kita tidak tanam sendiri dan kita import gandum itu. Ini yang berikan kesan (kenaikan harga),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barangan di MyFarm Outlet Kasih, Presint 9, Putrajaya hari ini lapor Kosmo Online.

Turut serta, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Baca juga:   Sorok minuman keras di sebalik muatan tepung gandum

Lantaran itu, Ismail Sabri mengarahkan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat kajian terperinci mengenai kos pengeluaran untuk produk ais dan roti putih keluaran tempatan.

“Saya sudah arahkan KPDNHEP kerana kita tidak mahu dengar alasan tapi mereka kena buat kajian mengapa kos itu meningkat, kos import berapa dan harganya berapa dan sampai ke pelabuhan berapa, semua rantaian itu, saya minta KPDNHEP supaya membuat kajian secara terperinci.

“Saya tidak boleh kata harga gandum naik jadi kita naikkan harga, tidak boleh. Kita kena telus dengan harga di luar negara dan sampai kepada rakyat,” katanya lagi.

Baca juga:   UMNO perlukan keputusan konsensus tentukan kerjasama dalam PRU-15

Semalam, media melaporkan syarikat bekalan ais akan menamatkan promosi untuk semua produk ais (ais kisar atau ais ketulan) bermula 1 Disember, bermakna pengeluar akan menaikkan harga sebanyak 50 sen sebungkus. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan