26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MyVeteran Mall untuk veteran ATM kuasai perniagaan digital

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

APLIKASI dalam talian MyVeteran Mall, akan dapat memberi manfaat kepada lebih 300,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha meningkatkan status sosio-ekonomi masing-masing.

Aplikasi yang bertujuan mewujudkan lebih banyak kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti veteran itu adalah projek yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan kerjasama MIDC Technology Sdn. Bhd. kepada komuniti veteran ATM.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, MyVeteran Mall berperanan menubuhkan satu e-komuniti dalam kalangan veteran ATM, bagi memudahkan pembangunan perniagaan serta pelbagai aktiviti dalam talian.

“Platform digital membenarkan golongan veteran terus berhubung antara satu sama lain dan juga dengan komuniti luar bagi membolehkan mereka mampu membina perniagaan yang berdaya saing,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MyVeteran Mall hari ini, lapor Kosmo Online.

Ikmal Hisham berkata, melalui aplikasi tersebut, veteran ATM bakal memiliki satu ruang perniagaan sehenti secara maya untuk membuat transaksi dan mempromosikan produk serta perkhidmatan.

“Kemudahan di dalam aplikasi e-Info, e-Dagang, e-Servis, e-Bayaran PAYJE,e-Khidmat dan Tabung Pahlawan ini diharap dapat merapatkan jurang digital di kalangan komuniti veteran ATM dan keluarga mereka.

“Sehingga kini, seramai 505 usahawan veteran telah berdaftar dengan MyVeteran Mall dan 605 produk telah dipasarkan di seluruh negara,” ujarnya.

Beliau berkata, platform digital komuniti itu merupakan salah satu sokongan pihak Kementerian Pertahanan untuk mencapai 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah strategi ‘Memperkasakan Veteran ATM’-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan