26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

CCA jadi mercu tanda pembangunan industri O&G di Sabah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERJANJIAN Kerjasama Komersial (CCA) antara kerajaan negeri Sabah dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menjadi mercu tanda usahasama pembangunan industri minyak dan gas (O&G) di negeri itu, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama strategik itu bakal memberi kesan limpahan ekonomu yang lebih menyeluruh di negeri itu selepas ini.

“Perjanjian yang dimeterai juga akan membolehkan kerajaan negeri Sabah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan industri minyak dan gas melalui usaha sama erat dengan Petronas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hadir pada majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Kota Kinabali itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Ismail Sabri berkata, CCA itu juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih meluas kepada syarikat-syarikat tempatan untuk berkecimpung di dalam industri tersebut di Sabah.

Advertisements

Pada masa yang sama, tambah beliau, Petronas akan terus memainkan peranan sebagai syarikat petroleum milik negara dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara.

“Permuafakatan yang berjaya dicapai sesungguhnya melambangkan komitmen kerajaan Persekutuan untuk berkerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi memastikan pembangunan yang inklusif agar
manfaat pembangunan negara dapat dinikmati bersama secara lebih adil dan saksama,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Presiden/CEO Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, CCA yang dimeterai itu adalah di bawah kendalian kerajaan Persekutuan.

Mereka berkata, objektif perjanjian itu adalah untuk meningkatkan hasil bagi Sabah menerusi pengeluaran minyak dan gas dengan meningkatkan penglibatan negeri itu dalam industri O&G serta rantaiannya.

“Melalyu entiti milik negeri yang dicadangkan, negeri itu berpeluang untuk meningkatkan penyertaan dalam pengeluaran petroleam huluan, termasuk perkongsian dengan Petronas Carigali selain peniagaan O&G,” kata mereka dalam kenyataan bersama. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan