32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022

62,836 rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia diluluskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 62,836 unit rumah yang melibatkan 102 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan sehingga November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 95 buah projek terletak di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan.

Menurut beliau, sasaran Residensi Wilayah Keluarga Malaysia adalah untuk menyediakan sebanyak 80 ribu unit dalam tempoh 10 tahun sehingga 2028, dengan sasaran 8,000 unit setahun.

“Saya minta Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi di bawahnya memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan kerjasama pemaju swasta kerana ini adalah penting untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda 2030, kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa kepada semua golongan Keluarga Malaysia termasuk warga yang berpendapatan sederhana rendah atau M40,” katanya.

Beliau berkata demikia sempena Majlis Penyerahan Kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Residensi Kuchaimas di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuhan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, melalui inisiatif Residensi Wilayah Keluarga Malaysia ini, tumpuan adalah di kawasan pesat membangun walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi.

Menurutnya, Residensi Wilayah Keluarga Malaysia bertujuan merealisasikan impian warga Wilayah Persekutuan untuk memiliki kediaman sendiri dengan persekitaran yang selesa dan kondusif.

Baca juga:   Penerima dos lengkap vaksin mungkin boleh rentas negeri

“Apa yang menjadi keutamaan adalah harga rumah tersebut berpatutan dan mampu milik,” kata beliau.

Sementara itu, menurutnya, Residensi Kuchaimas merupakan salah satu projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia yang dibina di atas tanah berkeluasan 1.58 ekar.

“Blok bangunan berketinggian 49 tingkat ini, menyediakan 478 unit kediaman pada harga RM198,000 setiap unit. Setiap kediaman ini berkeluasan 800 kaki persegi, dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta berbumbung.

Baca juga:   Penerima dos lengkap vaksin mungkin boleh rentas negeri

“Residensi Kuchaimas menggambarkan keterangkuman Keluarga Malaysia dengan 60.3% kaum Bumiputera, 37.4% kaum Cina dan 2.3% kaum India.

Bahkan beliau turut meluahkan keyakinan komuniti Residensi Kuchaimas akan meraikan persamaan dan perbezaan berdasarkan nilai-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia.

“Residensi Kuchaimas ini juga menawarkan pelbagai kemudahan komuniti seperti ruang taska, tempat rekreasi, bilik permainan, ruang kedai dan surau. Ia juga berdekatan dengan sekolah.

“Di samping itu, residensi ini juga menyediakan dewan serbaguna dan kawasan khusus untuk komuniti menjalankan aktiviti bersama keluarga dan jiran tetangga.

Residensi Kuchaimas terletak di lokasi strategik dan mempunyai akses mudah kepada lebuh raya utama seperti Lebuhraya Pantai Baru dan Lebuhraya SMART yang dapat memudahkan penduduk untuk menjalankan urusan harian.

“Kerajaan menyambut baik dan amat berterima kasih kerana pihak pemaju kerana berjaya menyediakan rumah mampu milik Residensi Wilayah Keluarga Malaysia ini.

-EDISI9

Terkini

Nadma bakal ditubuhkan di negeri dan daerah

MAJLIS Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkemungkinan ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah dalam usaha memastikan aspek pengurusan bencana di...

Lagi Artikel Berkaitan