28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Usanita bantu usahawan wanita luar bandar kembali bangkit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini melancarkan Usanita, platform digital bagi membantu usahawan wanita luar bandar memulihkan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik COVID0-19.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform itu disediakan sebagai saluran kepada golongan berkenaan selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.

Beliau berkata, Usanita adalah kesinambungan kepada program DesaMall@KPLB yang diperkenalkan sebelum ini bagi membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian.

“Inisiatif itu adalah strategi di bawah Teras Kedua Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed; Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Raman Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.

KPLB kata Mahdzir, mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka secara atas talian yang kini menjadi saluran yang sangat berkesan.

Advertisements

Usahawan di luar bandar, tegas beliau, perlu mengambil peluang pemasaran secara digital itu dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka.

Katanya, penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara, malah melangkau pasaran seluruh dunia yang mampu dicapai menerusi platform atas talian.

“Penjenamaan itu amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan, kadangkala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata, tetapi kerana mereka inqin menqquna dan memerlukan produk itu.

“Jadi di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan walaupun mereka berada di luar bandar tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran satu dunia,” kata beliau.

Tambah Mahdzir, dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19 ini, sudah tiba masanya usahawan luar bandar bangkit semula dengan memperkasakan penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekaligus memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program USANITA – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB, boleh hubungi talian 03-41313041 atau layari laman sesawang www.usanita.com. – Edisi

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan