25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

5,551 kes baharu harian COVID-19; 6 kluster

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian positif Covid-19 negara menurun sedikit dengan merekodkan sebanyak 5,551 kes berbanding 5,806 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,649,578 kes.

Beliau berkata, kes sembuh merekodkan sebanyak 5,301 kes dengan jumlah kumulatif kini mencecah 2,556,554 kes kumulatif atau 96.5 peratus.

“Daripada kes baharu tersebut, 23 kes adalah daripada kes import dan penularan tempatan sebanyak 5,528 kes [5,304 warganegara (95.9 peratus); 224 bukan warganegara (4.1 peratus).

Advertisements

“Terdapat 78 kes yang dilaporkan hari ini (1.4 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan 5,473 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 499 kes (362 kes disahkan COVID-19 ; 137 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 269 kes (157 kes disahkan COVID-19 ; 112 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak enam kluster lagi dilaporkan hari ini menjadikan kluster aktif kini sebanyak 228 kluster.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan