27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis kesan treler sebabkan 14 tiang elektrik tumbang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu treler dipercayai menyebabkan 14 batang tiang elektrik tumbang dan dawainya putus di Jalan Ahmad Boestaman, Slim River, Tanjung Malim, Perak.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi semalam sempat dirakam oleh seorang saksi di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superitenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian itu mula disedari ketika anggota Balai Polis Slim River membuat pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di jalan tersebut pada pukul 8.30 pagi.

“Anggota polis berkenaan ternampak beberapa tiang elektrik telah terbalik dan pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 14 tiang telah terbalik.

“Tiang dipercayai tersangkut pada sebuah treler yang melalui Jalan Ahmad Boestaman hadapan Maybank Slim River yang mahu berpatah balik ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan kepada siasatan daripada saksi mendapati kejadian berlaku pukul 6.30 pagi apabila sebuah treler yang dipandu seorang lelaki bersama dua kelindan melalui jalan tersebut.

“Treler tersebut mahu keluar semula ke Jalan Persekutuan menghala ke Ipoh dan pemandu tidak sedar kontena treler tersangkut pada dawai elektrik hingga menyebabkan beberapa tiang tumbang dan dawai terputus.

“Sehubungan dengan itu, usaha mengesan pemandu lori sedang dijalankan,” katanya. –Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan