32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

3 Rumah Ronald McDonald terima sumbangan Coway

Mesti Baca

COWAY Malaysia baru-baru ini menyampaikan sumbangan berupa penulen udara dan penulen air bagi keperluan Rumah Ronald McDonald (RMH) di tiga buah hospital di negara ini.

Ketiga-tiga RMH terbabit masing-masing di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Tunku Azizah kedua-duanya di Kuala Lumpur serta Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi Ki Ryong, berkata, sumbang tersebut bagi memastikan RMH mempunyai persekitaran yang selesa dan menyenangkan bagi keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapat rawatan jangka panjang di hospital.

Menurut beliau, ini sekali gus membolehkan mereka memberi fokus untuk menjaga anak-anak mereka yang sedang sakit.

“Sumbangan bermakna ini, serta kerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), juga merupakan cara Coway menunjukkan keprihatinan dan kesediaan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“RMHC sudah banyak membantu kanak-kanak yang sakit ini dan keluarga mereka.

“Kami benar-benar meyakini dan menyokong usaha mereka kerana kanak-kanak adalah generasi masa depan kami dan sekurang-kurangnya kita boleh membantu melengkapkan rumah-rumah ini dengan udara dalaman yang bersih dan air yang tulen,” katanya dalam kenyataan.

RMHC ialah kemudahan yang menawarkan penginapan sementara yang mampu milk dan selesa di dalam kawasan hospital bagi keluarga pesakit pediatrik jangka panjang.

Penginapan ini biasanya dihuni oleh keluarga pesakit yang memerlukan rawatan perubatan jangka panjang dan mereka boleh menganggapnya seperti rumah sendiri.

“Kami berharap penajaan kami akan memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang tinggal di sana kerana udara yang mereka hirup dan air yang mereka minum dijamin sihat dan bersih

“Ahli keluarga kanak-kanak yang sakit ini perlu menikmati kehidupan berkualiti kerana tanggungjawab menjaga anak yang sakit boleh memberi tekanan dan bebanan kepada sesiapa sahaja.

“Kami akan terus berusaha untuk membantu manjaga mereka dari segi fizikal dan mental,” kata Choi.

Pengurus Besar RMHC Malaysia, Mohd Nasri Mohd Nordin pula berterima kasih kepada Coway Malaysia untuk tajaan produk tersebut.

Beliau turut percaya akan kepentingan udara dan air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk semua.

“Keluarga-keluarga yang tinggal di rumah kami sememangnya amat tertekan memandangkan anak-anak mereka memerlukan rawatan jangka panjang, jadi segala bantuan, walau sekecil mana, memang bermanfaat.

“Usaha memberikan udara yang tulen dan air yang bersih merupakan sumbangan yang sangat bermakna kepada RMHC kerana tindakan ihsan yang sederhana ini akan memberi manfaat kepada keluarga-keluarga ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan