27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

150 pelajar tingkatan 5 Seri Puteri dipindahkan ke IAB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 150 pelajar tingkatan lima Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya yang menjadi kontak rapat kepada pelajar sekolah berkenaan yang positif Covid-19 dipindahkan ke Institut Aminuddin Baki (IAB), Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih dekat oleh pasukan perubatan dalam sebuah pusat kuarantin dengan setiap bilik menempatkan dua pelajar.

“Sebentar tadi (semalam) saya ke IAB di Bandar Enstek, Negeri Sembilan bagi meninjau persediaan pusat kuarantin ini menerima kemasukan murid yang menjadi kontak rapat kes positif Covid-19 di SSP.

“Insya-Allah murid lain juga akan terus dipantau di sekolah dan sebarang perkembangan lanjut kita akan maklumkan kepada ibu bapa secepat mungkin.

“Alhamdulillah di sini (IAB) disediakan dengan baik dan selesa bagi memastikan anak-anak yang dikuarantin berada dalam keadaan kondusif,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik ke Facebooknya pada malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan terdapat 73 kes positif COVID-19 di sekolah berasrama penuh (SBP) itu melibatkan dua guru dan 71 pelajar.

Beliau berkta, kesemua yang dikesan positif itu adalah hasil saringan yang dilakukan terhadap 451 individu di sekolah itu yang terdiri daripada 13 guru, 437 pelajar dan seorang petugas sekolah.

Menurutnya, 65 pelajar yang positif telah dipindah ke di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).-Edisi 9


Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan