32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tak salah ‘override’: Kenyataan PM beri mesej salah

Walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun, menteri tidak wajar "override" peraturan sedia ada semata-mata kerana ada kuasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tidak salah bagi seorang anggota Kabinet membatalkan keputusan pegawai kerajaan boleh memberi mesej salah dan menyimpang kepada penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, dalam konteks tertentu seorang menteri mempunyai kuasa di bawah akta.

“Namun bukan bermaksud kuasa itu boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Kuasa yang diberi perlu digunakan dengan cermat dan penuh teliti, termasuk mendapatkan pandangan daripada pengurusan tertinggi kementerian daripada pelbagai sudut, khususnya tatacara dan perundangan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun, menteri tidak wajar override peraturan sedia ada semata-mata kerana ada kuasa.

“Apatah lagi apabila nasihat yang diberikan penjawat awam adalah berdasarkan fakta dan analisa yang cermat dan teliti.

Advertisements

“Amat sukar untuk penjawat awam menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan dalam keadaan sebegini,” katanya.

Ujar beliau, pemimpin kerajaan PH-BN sering melaungkan tentang tatakelola yang baik tetapi hakikat sebenar amat menyedihkan.

Kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya itu merujuk kepada penegasan Anwar bahawa tidak salah bagi menteri membatalkan sesuatu keputusan dibuat oleh penjawat awam.

Ini susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa bercanggah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan UMNO tahun ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa Saifuddin memberi penjelasan mengenai kewujudan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan RoS berhubung pemilihan UMNO. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

PEMANSUHAN undang-undang yang menindas hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan kerajaan kerana langkah tersebut dilihat sejajar dengan piawaian hak...

Lagi Artikel Berkaitan