25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan benar KWSP jadi cagaran pinjaman bank

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju melaksana kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank bagi individu yang terdesak dan memerlukan wang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Tegas beliau, cara ini adalah lebih baik berbanding membenarkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka secara terus.

Malah, beberapa negara seperti Peru, Australia dan Chile yang melaksanakan langkah sama semasa pandemik, telah menghentikan skim pengeluaran itu.

“Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).

“Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

Advertisements

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang… ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

“Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan