31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cukai taksiran di Putrajaya dikurangkan sehingga 20 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERITA baik kepada pemilik kediaman strata di Putrajaya kerana kerajaan bersetuju memberikan pengurangan cukai taksiran fasa dua sebanyak lima peratus dan 20 peratus bagi pemilik kediaman teres bermula 1 Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan itu diberikan kepada kediaman yang siap dibina selepas 2017 dan potongan akan diberikan kepada jumlah cukai taksiran yang dikenakan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian pengurangan cukai itu melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017 dan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya.

“Pengurangan itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani melalui elemen ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas bagi mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup terutama golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya,”katanya.

Sebelum ini, semua kediaman berharga di bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan sebanyak 30 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan berkuat kuasa 1 Januari lepas sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya.- BERNAMA

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan