31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan sedia kaji elektrik, air tidak dikenakan SST – Armizan

Mesti Baca

KERAJAAN bersedia untuk mengkaji berkenaan situasi tidak mengenakan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap perkhidmatan air dan elektrik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, perkara tersebut memang dibincangkan sebelum ini bagi memahami impak serta kesannya kepada pengguna kelak.

“Untuk makluman perkara berkaitan kenaikan SST ini memang dalam mesyuarat jawatankuasa pemantauan pelaksanaan yang dipengerusikan TPM memang ada satu kertas khusus untuk kita melihat kesan serta impaknya.

“Perkara yang dibangkitkan Ayer Hitam kita akan bawa untuk dikaji dan kita bawa pada mesyuarat NACCOL pada 20 Mac nanti untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) bertanya, apakah menteri berkenaan bersedia untuk berjuang akan agenda ini kerana ia merupakan asas kepada keperluan rakyat.

Advertisements

Katanya yang juga Presiden MCA, jika telekomunikasi dan makanan tidak dikenakan SST, perkara sama juga boleh dilakukan oleh kerajaan terhadap perkhidmatan air dan elektrik.

Dalam Belanjawan 2024, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus berkuat kuasa pada 1 Mac ini .

Namun, agar tidak membebankan rakyat, kerajaan berkata, peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Mengikut laporan, kerajaan dijangka menjana pendapatan cukai perkhidmatan tambahan sebanyak RM900 juta pada tahun ini berikutan rancangannya untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus daripada enam peratus serta meluaskan skop perkhidmatan bercukai itu.

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan