27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pemergian Md Rozai kehilangan besar bagi UMNO Kedah

Mesti Baca

PEMERGIAN bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Md Rozai Shafian yang kembali ke Rahmatullah semalam merupakan satu kehilangan besar bagi Perhubungan UMNO Kedah.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khaled berkata, Allahyarham banyak meninggalkan jasanya terutama ketika berkhidmat sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kedah dan juga Ketua UMNO Bahagian Pendang.

Sehubungan itu, Mahdzir yang mewakili seluruh kepimpinan UMNO Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Paduka Khalijah Ghazali serta seluruh ahli keluarga.

“Sesungguhnya UMNO Negeri Kedah telah kehilangan seorang bekas pemimpin yang banyak meninggalkan jasa khususnya ketika Allahyarham berkhidmat selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan juga sebagai Ketua UMNO Bahagian Pendang dan kemudiannya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah”, katanya hari ini.

UMNO Negeri Kedah tambah Mahdzir, turut merakamkan penghargaan di atas segala jasa dan bakti Allahyarham sepanjang usianya bersama kepimpinan UMNO Negeri Kedah.

Allahyarham Datuk Md Rozai pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebelum terjun ke dunia politik untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang pada tahun 1999.

Advertisements

Allahyarham berkhidmat sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah pada tahun 1996 hingga 1999 untuk pertama kali dan kemudiannya sekali lagi dilantik menjawat tugas itu pada tahun 2016 hingga 2018.

Pada tahun 2013, Allahyarham dilantik sebagai Speaker DUN Kedah sehingga tahun 2018.

Allahyarham menerajui UMNO Pendang selaku Ketua Bahagian bermula pada tahun 2004 hingga 2018.

“Allahyarham merupakan sahabat lama saya yang dikenali lebih 30 tahun lalu. Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan para solihin,” kata Mahdzir.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 69 tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan