24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3 kes baharu babitkan Kluster Intan Delima 2

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan tiga lagi kes baharu membabitkan Kluster Intan Delima 2 menjadikan keseluruhan 39 kes positif setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kes terbaharu itu membabitkan pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah.

Katanya, kesemua mereka sedang menjalani kuarantin di rumah dan asrama KMNS selain di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kuala Pilah.

“Individu yang dikesan positif ini ada yang bergejala dan ada yang tidak, bagaimanapun setakat ini tiada yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya di sini.

Advertisements

Dalam laporan media sebelum ini, sebanyak 32 kes positif Covid-19 dilaporkan di KMNS membabitkan kluster baharu iaitu kluster Intan Delima 2 disusuli pertambahan empat kes pada Sabtu.

Veerapan berkata, keadaan kes adalah terkawal, malah pengurusan kolej memberikan kerjasama baik dalam menguruskan pelajar yang dikuarantin termasuk makan minum dan hal ehwal kebajikan pelajar.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) akan terus memantau perkembangan kolej berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan