25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

TM uji rangkaian 5G di Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARA pelanggan TM Unifi di sebahagian Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya bakal menikmati pengalaman pertama menggunakan rangkaian 5G apabila Telekom Malaysia (TM) Berhad melancarkan ujian perkhidmatan itu sedikit masa lagi.

Menurut TM, ujian rangkaian itu akan dijalankan dengan kerjasama Digital Nasional Berhad (DNB) bagi mengoptimumkan perkhidmatannya dalam kalangan pengguna.

“Semasa ujian perintis, pelanggan pascabayar mudah alih Unifi dengan peranti 5G yang diperakui akan dapat merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan 5G di kawasan terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TM berkata, pelancaran 5G itu akan meningkatkan lagi nilai tambah bagi pengguna, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta perniagaan korporat.

“Kami akan terus menyokong aspirasi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan 5G bagi negara dan mempercepat lonjakan masyarakat, perniagaan dan industri ke arah Digital Malaysia,” ujarnya.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan mengenai syarikat itu akan menjalankan ujian 5G dengan DNB menjelang pelancaran perkhidmatan rangkaian tersebut bulan ini.

Jumaat lalu, DNB memaklumkan pihaknya menjangka akan melancarkan 10 peratus liputan perkhidmatan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir bulan ini dengan bilangan tapak kumulatif sebanyak 500 tapak.

Bilangan itu akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak atau 40 peratus liputan di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2022.

DNB juga menyasar mencapai liputan 80 peratus di kawasan berpenduduk negara ini menjelang 2024 dengan 7,509 tapak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan