Monday, July 20, 2026

Proses penamaan calon PRN Sarawak ke-12 hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 82 pusat penamaan calon (PPC) seluruh negeri bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

Memetik laporan Bernama, calon-calon dan parti politik diberi tempoh 12 hari untuk berkempen sebelum tarikh mengundi pada 18 Dis sepertimana ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 82 kerusi DUN dipertandingkan.

PRN kali ini akan menyaksikan seramai 1,252,014 pengundi layak mengundi dan keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi/saluran.-Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan