24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Positif Covid-19: Faisal, Khairulazhan masih ada peluang beraksi

Mesti Baca

TONGGAK skuad Harimau Malaya, Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid yang disahkan positif COVID-19 masih mempunyai peluang untuk beraksi dalam Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Kedua-dua pemain itu disahkan positif wabak tersebut selepas keputusan ujian PCR yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu diperoleh.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, Faisal dan Khairulazhan masih berpeluang beraksi sekiranya ujian saringan mereka negatif selepas menjalani kuarantin selama 10 hari.

“Dua pemain berkenaan, Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim kini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga ke 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura ini yang mana tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala.

“Jika ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif COVID-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Saifuddin berkata, biarpun tanpa dua pemain tersebut, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tetap meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok.

Ini kerana baki pemain lain yang ada didapati negatif jangkitan wabak tersebut selepas ujian susulan yang dijalankan.

Baca juga:   Bintang 'Black Panther' meninggal dunia akibat kanser

Mengikut jadual perlawanan, selain menentang Kemboja esok, skuad akan turun berdepan Laos pada 9 Disember, Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember.

Baca juga:   3,086 mangsa banjir dipindahkan di Selangor

Ini bermakna Faisal dan Khairulazhan berpeluang untuk beraksi menentang Vietnam dan Indonesia sekiranya mereka disahkan bebas dari jangkitan tersebut selepas tempoh kuarantin. – Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

KJ dan Dr Noor Hisham ke Geneva 24-29 Januari ini

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin akan berlepas ke Geneva, Switzerland bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>