26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pegawai, anggota dilarang cemar imej PDRM di media sosial

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggota polis yang membuat aksi melampau di aplikasi media sosial.

Memetik laporan Metro Online, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan seumpama itu tidak sesuai dan hanya mencemarkan imej pasukan.

“Kalau ada anggota atau pegawai yang berpakaian lucah atau membuat aksi kurang sopan di media sosial termasuk aplikasi Tik Tok, kita akan siasat dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Selain dilarang membuat aksi melampau di media sosial, kita sudah memberi arahan (kepada) mereka ini dilarang mengeluarkan apa-apa komen yang jelek kepada kerajaan atau PDRM.

“Jadi mereka ada saluran tertentu untuk menyampaikan apa-apa maklumat atau (jika ada rasa) tidak berpuas hati iaitu melalui persatuan.

Advertisements

“Larangan ini memang ada, jadi kalau mereka didapati (berbuat demikian), kita boleh ambil tindakan disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Jenis Toyota Hilux GS Cargo Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu di Pangkalan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 6 Wakaf Tapai, Marang, Terengganu hari ini.

Katanya, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak ‘manis’ dilakukan oleh pegawai mahupun anggota kerana seolah-olah mengaibkan pakaian seragam PDRM.

Pada Disember 2020, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menyarankan kepada pegawai dan anggota PDRM untuk tidak bermain aplikasi media sosial, Tik Tok ketika sedang bertugas kerana ia tidak sesuai dan mencemarkan imej pasukan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan