29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pelajar Sekolah Seri Puteri dalam keadaan baik di MAEPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KESEMUA 114 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS Serdang berada dalam keadaan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menasihatkan ibu bapa semua pelajar terbabit tidak perlu bimbang kerana anak mereka dijaga dengan baik di pusat kuarantin tersebut.

“Ibubapa tidak perlu bimbang kerana makanan di sini cukup. Cuma amalan (ibu bapa) menghantar makanan kepada anak-anak tiap-tiap minggu (seperti ketika anak mereka di asrama) tidak boleh di MAEPS kerana takut ada unsur keracunan makanan,” katanya kepada Bernama selepas lawatan ke pusat kuarantin itu bagi melihat keadaan pelajar terbabit hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Pengarah PKRC MAEPS Dr Shahabuddin Ibrahim.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, NADMA turut mengajak pelajar di pusat kuarantin berkenaan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran agensi itu dengan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang berada di pusat kuarantin itu.

Abdul Latiff berkata dua kategori dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan hadiah wang tunai RM500 untuk juara, RM300 untuk naib juara, RM100 untuk tempat ketiga dan RM50 hadiah sagu hati.

Beliau berkata inisiatif terbabit sebagai galakan kepada pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah ketika menjalani kuarantin.

Pada 1 Disember lalu, sebanyak 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dihantar ke MAEPS manakala 49 orang lagi dihantar pada keesokan harinya kerana positif COVID-19 kategori satu dan dua untuk menjalani kuarantin.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai sebarang gejala atau memiliki gejala ringan.

-EDISI9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan