26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

KPM komited lahir generasi miliki kepakaran khusus – Radzi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) komited dalam melahirkan generasi yang mempunyai kepakaran khusus dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, usaha berkenaan dilaksanakan menerusi Program Pendidikan Pintar Cerdas (PPPC) yangmerupakan inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Menurutnya, program berkenaan bertujuan untuk memperkembang potensi murid terpilih secara optimum.

“Hari ini saya di Pendang, Kedah bagi merasmikan Akademi Sains Pendang (ASP), sekolah yang melaksanakan PPPC KPM.Ketika ini, seramai 88 murid terpilih daripada seluruh negara sedang belajar di sini.

“Kesemua mereka melepasi ujian saringan kepintaran dan ujian kompetensi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Baca juga:   Banjir: Sesi persekolahan mungkin ditangguh lagi- Radzi

Radzi berkata, semasa di ASP, beliau sempat meninjau anak-anak yang sedang mengikuti pembelajaran di kelas.

“Saya yakin dengan bimbingan guru-guru yang terlatih, intelektual, bakat dan potensi anak-anak pewaris negara ini dapat digilap dan dikembangkan secara optimum.

“Bagi melahirkan lebih ramai generasi masa depan yang hebat, guru dan ibu bapa boleh mengenal pasti potensi anak-anak daripada peringkat awal untuk dibimbing melalui pendekatan yang sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, program inilah yang diperlukan untuk menjadi negara yang berdaya saing di peringkat global.”KPM komited melakukan yang terbaik,” katanya.

Baca juga:   Banjir: Sesi persekolahan mungkin ditangguh lagi- Radzi

-EDISI9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan