31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dua hari berturut-turut, kes harian Covid-19 bawah paras 5,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES harian Covid-19 hari ini merekodkan angka di bawah paras 5,000 dengan 4,298 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak kes Covid-19 sebanyak 2,658,772 kes.

Jumlah kes berkenaan menurun dari kes harian semalam yang merekodkan 4,896 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” kongsinya hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham berkongsikan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara adalah 0.97 semalam dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu.

Menurutnya, Rt tertinggi dicatatkan Perlis iaitu 1.16 diikuti Selangor, Melaka serta Labuan masing-masing 1.00 manakala Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah masing-masing 0.99.

Nilai Rt itu menunjukkan peningkatan berbanding nilai purata pada 1 Disember lalu, 0.95.

Perak pula mencatatkan Rt 0.98, diikuti Pahang (0.97), Negeri Sembilan (0.96) manakala Sabah, Kelantan dan Terengganu (0.93).

Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.73 dan diikuti Putrajaya 0.89.Nilai Rt tertinggi di seluruh negara dicatatkan antara 13 hingga 15 November lalu dengan nilai 1.05.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan