31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

20 pam tambahan digerakkan ke Taman Sri Muda – PM

Bagi mengepam air dari kawasan yang mengalami air genang atau banjir termenung, ke sungai berhampiran

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menggerakkan dengan segera 20 pam mudah alih ke Taman Sri Muda, Shah Alam yang terjejas akibat banjir sejak Jumaat lalu.

Menurut Perdana Menteri, 20 pam mudah alir itu merupakan tambahan kepada empat buah pam sebelum ini bagi mengepam air dari kawasan yang mengalami air genang atau banjir termenung, ke sungai berhampiran.

Beliau berkata, pam-pam tambahan yang yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang

“Sementara itu, saya juga bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang segera keluar ke sungai.

“Lokasi penebukan sedang dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Negara hari ini.

Taman Sri Muda antara kawasan paling teruk terjejas ekoran banjir kilat yang melanda negeri Selangor susulan hujan luar biasa yang mencurah negeri itu pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Baca juga:   Tonton wayang, konsert hiburan dibenarkan mulai 9 September

Walaupun sejak semalam, cuaca di negeri ini semain baik banyak kediaman penduduk masih ditenggelami air ekoran berlaku air genang di kawasan tersebut.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda.

Baca juga:   Mahkamah benarkan rayuan kerakyatan anak lahir luar negara

Kata beliau, sehingga petang ini sebanyak 41 bot, 16 lori serta aset-aset lain telah digerakkan ke taman tersebut dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan