24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dana RM75.8 juta untuk impak, pemulihan pascabanjir – PM

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM75.8 juta bagi menangani impak banjir dan pemulihan pascabanjir bagi tahun ini.

Perdana Menteri berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50.8 juta adalah hasil sumbangan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut beliau, jumlah tersebut adalah peningkatan lebih 100 peratus berbanding RM25 juta yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, GLIC dan GLC yang telah menyumbang termasuklah Petronas, Yayasan Petronas, Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah, Yayasan Sime Darby, CIMB, Celcom, Telekom Malaysia, Yayasan UEM, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dengan geran kerajaan sebanyak RM25 juta, ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Negara hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian bantuan Wang Ihsan bernilai RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir sama ada yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tidak.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk aktiviti pemulihan pascabanjir bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur yang rosak.

“Untuk membantu usahawan pula, pembiayaan kewangan diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Advertisements

“Pembiayaan ini adalah tanpa faedah atau keuntungan dengan tempoh bayaran yang bermula hanya selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan dua bulan pengecualian sewa (rental waiver) kepada penyewa Kompleks Premis Usahawan SME Bank yang terjejas akibat banjir.

“Kerajaan melalui SME Bank juga akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

“Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional.

“Koperasi yang terjejas juga akan dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000,’ katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera.

Bagaimanapun, katanya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.

“Kerajaan juga mengalu-alukan sekiranya ada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan