24.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Gambar nenek tersenyum dalam dakapan bomba sentuh emosi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

GAMBAR memaparkan seorang warga emas tersenyum dalam dakapan anggota bomba sambil dipayungi oleh anggota berkenaan menyentuh emosi netizen.

Bagaimanapun, tidak dikongsikan masa, lokasi, tarikh serta butiran warga emas berkenaan.

Gambar itu merupakan antara 19 keping gambar yang dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Facebook rasminya, malam tadi.

Menurut salah seorang netizen dengan akaun Facebook Ninie Zainudin Bonda Hanan, dia membayangkan kelegaan yang dirasai nenek berkenaan setelah diselamatkan oleh seorang anggota bomba.

“Tengok wajah nenek ni, dia senyum syukur mesti nenek ni tenang sebab dia telah dibantu oleh saudara bomba ni. Sebelum dibantu, entah apa-apalah nenek bayangkan, mesti hati dia risau sangat-sangat.

“Dengan kudrat dah tak kuat, bomba umur dah pangkat cucu barangkali, datang bantu, leganya hati tua dia yang gundah sebelum tu. Tahniah pasukan bomba dan penyelamat Malaysia,” kongsi Ninie Zainudin Bonda Hanan.

Baca juga:   3 maut, 2 cedera nahas 2 kereta di Lebuh Raya Timur Barat

Bagi pengguna Paklang Pinten, dia mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba berkenaan.

“Tenang dalam dakapan bantuan abang bomba, terima kasih abang,” ujarnya.

Turut dipaparkan gambar anggota bomba wanita menggendong kanak-kanak dan menaiki tangga untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi yang mendapat pujian netizen.

Seorang anggota bomba wanita melakukan tugas-tugas menyelamat mangsa banjir. – Sumber: Facebook JBPM.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, perkongsian berkenaan mendapat hampir 10,000 tanda suka dan menerima ratusan komen.

Sementara itu, dalam hantaran berkenaan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyatakan sebanyak 4,819 anggota bomba diatur gerak bagi membantu kerja menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri yang terjejas banjir.

Baca juga:   Mangsa banjir di Johor meningkat, Segamat paling teruk

-EDISI9

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan