31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Langgar SOP PRN Melaka: Tiada siapa yang kebal – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN undang-undang akan tetap dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak ada pihak yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menunjukkan perkara yang menyalahi ketetapan kerajaan dan hukuman yang boleh dikenakan.

“Sehubungan itu, undang-undang yang termaktub di negara ini meliputi semua pihak termasuk individu.

“Tidak ada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang, Akta 342 jelas dari segi hukuman dan kesalahan.

“Walaupun kita sekarang di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), SOP yang jelas sudah diumumkan oleh kerajaan.

Advertisements

“Jadi sesiapa sahaja, parti mana sekalipun tidak terlindung atau kebal daripada undang-undang. Jika mereka melakukan kesalahan, tindakan pasti diambil.

“Kita tidak ada kompromi, tidak ada istilah orang biasa dan orang kayangan. Undang-undang sama sahaja. Jadi, saya harap semua rakyat patuh kepada SOP,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau menjawab pertanyaan media mengenai dua parti politik yang dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sebelum ini, kompaun dikeluarkan kepada Barisan Nasional (BN), yang mengadakan majlis pelancaran jentera PRN Melaka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis lalu.

PKR turut dikenakan kompaun RM10,000 oleh pihak polis selepas mengadakan program penerangan bergerak yang didakwa tanpa kehadiran perhimpunan di Taman Krubong Jaya, pada Sabtu lalu.

Pada 24 Oktober lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan, sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya, termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.- EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan