Monday, June 15, 2026

4,626 kes baharu COVID-19, kekal di bawah 5,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu harian Covid -19 negara kekal di bawah 5,000 kes hari ini, dua hari berturut-turut sejak semalam.

Hari ini sebanyak 4,626 kes baharu dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,476,268 kes.

Mengulas lanjut katanya, daripada kes baharu harian tersebut enam kes adalah kes import dan 4,620 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat sebanyak 94 kes daripada jumlah kes harian tersebut (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, 4,532 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, katanya, kes sembuh pula mencatatkan sejumlah 5,299 kes menjadikan 2,380,060 kes kumulatif terkini atau 96.1 peratus.

“Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 569 kes (503 kes disahkan COVID-19 ; 66 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyakn301 kes (213 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Ujar beliau, terdapat lima kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan kluster aktif memcecah 411 kluster. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan