26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Veteren ATM tidak berpencen turut nikmati BKK, RM350

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen turut berpeluang menikmati Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara sekali beri sepertimana yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu selaras amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

Beliau berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan pada Bajet 2021 dengan RM300 diberikan kepada kumpulan pesara.

Ismail Sabri berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM terdiri daripada mereka yang berpencen, penerima pencen terbitan dan tidak berpencen.

“Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 Sept 2021.

“Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Masyarakat Cina di Johor bukan pendatang - Sultan Ibrahim

Jumaat lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.- Edisi 9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan