27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 setakat semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Bagaimanpun, sebanyak 46 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara sebanyak 29,091 kes.

Terdapat lapan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 5,887 kes.

Advertisements

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (10), Kelantan (9), Johor (8), Sabah (4), Labuan (6), Kedah (3), Perlis (3), Melaka (2), Pulau Pinang (2), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Pahang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 67,160 kes aktif melibatkan 51,856 kes dikuarantin di rumah, 9,008 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,750 kes di hospital, 260 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 286 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Daripada 5,291 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,167 kes), Sabah (675 kes), Kelantan (565 kes), Sarawak (540 kes), Johor (441 kes), Kedah (381 kes), Pahang (316 kes), Pulau Pinang (246 kes), Terengganu (209 kes), Kuala Lumpur (199 kes), Pahang (190 kes), Negeri Sembilan (156 kes), Melaka (154 kes), Perlis (27 kes), Putrajaya (19 kes) dan Labuan (enam kes).-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan