30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gara-gara ubah saluran TV, bapa kelar anak hingga maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERTENGKARAN akibat mengubah siaran televisyen bertukar tragedi apabila seorang bapa mengelar anak kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor, semalam.

Kejadian selepas pertengkaran antara suspek yang juga warga emas berusia 71 tahun dan mangsa berusia 37 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, pada mulanya, pihaknya menerima laporan pada 12.55 tengah hari daripada suspek berhubung penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu, dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, suspek sebelum itu pergi ke sebuah kedai di Taman Bernam Jaya, pada 12 tengah hari, turut memaklumkan leher anaknya luka selain darah keluar dari kepala.

“Suspek memaklumkan kepada jiran supaya menghubungi pihak polis.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar yang dalam. Ia bukan bunuh diri dan dilakukan oleh pihak ketiga.

“Suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca mangsa mengubah siaran televisyen.

Advertisements

“Suspek kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai. Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali,” katanya menerusi kenyataan.

Arsad berkata, polis berjaya merampas pisau yang digunakan lelaki itu untuk mengelar mangsa susulan serbuan pihaknya di rumah suspek, selain baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan