24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Pemandu mabuk ditangkap meningkat selepas rentas negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

STATISTIK jumlah tangkapan op mabuk di Pulau Pinang didapati meningkat selepas aktiviti merentas negeri dibenarkan.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain turun padang dalam op mabuk sempena sambutan perayaan Depavali bermula dari jam 11 malam sehingga 4 pagi tadi.

Untuk rekod, pada 11 Oktober hingga 2 November lalu (kelmarin) seramai 47 pemandu mabuk telah ditangkap berbanding sebelum rentas negeri pada 20 September hingga 10 Oktober lalu adalah 18 orang tangkapan.

Statistik berkenaan dikongsikan menerusi satu hantaran di media sosial Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang.

Menurut kenyataan berkenaan, malam tadi Polis Pulau Pinang telah membuat pemantauan di tujuh lokasi sekatan jalan raya (SJR) sekitar daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah Pulau Pinang bersempena perayaan Deepavali.

Baca juga:   Pegawai KPDNHEP disyaki terima suapan direman empat hari

“Dalam operasi yang diketuai Supt Zafri Zolkapli, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, didapati sebanyak enam tangkapan telah dibuat di bawah Sek 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

“240 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di seluruh negeri Pulau Pinang,” kongsinya hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong serta pegawai-pegawai kanan dari IPK Pulau Pinang.

Baca juga:   Terpedaya 'Love Scam', warga emas kesunyian rugi RM220,500

Sementara itu, dalam operasi yang sama sebanyak 1,072 individu dan 945 kenderaan telah diperiksa.

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan