29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dua maut tercampak, kereta langgar pembahagi jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA maut selepas tercampak dari kereta dinaiki mereka yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7, Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali sebagai Merioh Asok, 26, dan Yahaya Ampiu, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 7.09 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun bersama tiga penumpang.

“Kereta dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua penumpang tercampak atas jalan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini, lapor Sinar Harian.

Norazam berkata, pemandu lelaki terbabit cedera parah tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

“Seorang lagi penumpang berjaya keluar dari kenderaan dan mengalami cedera ringan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk menerima rawatan.-Edisi 9


Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan