24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Ibu bapa, penjaga disarankan patuh janji temu dos kedua anak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mematuhi janji temu dos kedua anak remaja masing-masing supaya mereka dapat dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, bagi ibu bapa yang terpaksa menjadualkan janji temu dos kedua, mereka boleh menghubungi pihak sekolah supaya tarikh baharu dapat diberikan.

“Ibu bapa yang tidak dapat hadir dimohon mewakilkan seorang individu dewasa bagi mengiringi anak-anak untuk menerima vaksin Covid-19 dengan mengisi Surat Perwakilan Ibu bapa/Penjaga yang boleh didapati daripada sekolah anak masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, sehingga 3 November lalu, seramai 2,622,306 iaitu 83.3 peratus remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan 2,197,961 (69.8 peratus) sudah disuntik dos kedua.

Katanya, negeri yang mempunyai pencapaian dos kedua tertinggi adalah Melaka iait 88.6 peratus, Perlis (87.8 peratus), Pulau Pinang (83.7 peratus), Kedah (81 peratus) dan Terengganu (80.9 peratus).

“Bagaimanapun, sejak seminggu yang lalu, KKM mendapati terdapat remaja yang tidak memenuhi atau menghadiri janji temu kedua seperti ditetapkan.

Advertisements

“Mengikut unjuran, kadar vaksinasi dos kedua bagi remaja sepatutnya mencapai 80 peratus pada 11 November 2021,” katanya.

Noor Azmi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, berdasarkan pemantauan unjuran janji temu dos kedua yang terkini, sasaran tersebut hanya akan tercapai pada akhir bulan ini atau awal Disember depan.

“Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak memastikan anak remaja mereka menerima dos kedua, risiko untuk kumpulan remaja ini dijangkiti Covid-19 adalah lebih tinggi berbanding mereka yang telah menerima dos lengkap.

“Situasi ini pastinya akan memberi kesan kepada pembukaan sekolah dan juga pembukaan sektor ekonomi di seluruh negara,” katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau memahami ada dalam kalangan ibu bapa yang bimbang anak akan mendapat kesan sampingan seperti alahan.

“Bagaimanapun, ingin saya tekankan bahawa kesan sampingan yang serius adalah amat jarang berlaku dan dengan rawatan awal, remaja akan pulih sepenuhnya,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan