33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Jumlah mangsa banjir libat empat daerah di Alor Setar terus meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 850 mangsa banjir daripada 239 keluarga telah dipindahkan ke 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di Alor Setar setakat 12 tengah hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 823 mangsa daripada 232 keluarga yang dilaporkan pada 8 pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, 12 PPS di empat daerah itu adalah di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena dan Kubang Pasu.

Beliau berkata, mangsa banjir di daerah Kota Setar terus meningkat iaitu 409 mangsa daripada 239 keluarga.

Menurutnya, di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar seramai 80 mangsa daripada 23 keluarga manakala di PPS SK Suka Menanti menempatkan seramai 67 mangsa (25 keluarga) dan PPS di SK Haji Wahab menempatkan seramai 33 mangsa daaripada lapan keluarga.

“Selain itu, PPS SK Convent pula menempatkan 24 mangsa daripada enam keluarga, PPS Titi Gajah seramai 87 mangsa (30 keluarga) dan SK Darul Hikmah 118 mangsa (32 keluarga).

“Mangsa banjir di Pendang di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah seramai 225 orang daripada 54 keluarga manakala di PPS Dewan Cenderawasih 68 mangsa (22 keluarga).

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Pendang seramai 293 mangsa daripada 76 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Muaz berkata, keseluruhan mangsa banjir di dua PPS di daerah Pokok Sena pula kekal 47 mangsa daripada 14 keluarga.

Beliau berkata, jumlah mangsa di daerah Kubang Pasu kekal 100 orang daripada 25 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan