24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sesak nafas ketika mendaki, wanita meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAKITANGAN Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meninggal dunia ketika mendaki Bukit Bohey Dulang, Semporna, Sabah, pagi hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rozlina Sharina Rosedi, 40, berasal dari Perlis dan bertugas di Putrajaya.

Memetik laporan Metro Online, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti berkenaan pada 10.13 pagi.

Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakan wanita dikatakan pergi ke pulau terbabit untuk melakukan aktiviti mendaki.

“Ketika mendaki, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Advertisements

“Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya hari ini.

Mohd Farhan berkata, mayatnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan