26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

1,047 VOC baharu lagi dikesan – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,047 kes baharu Variant of Concern (VOC) dikesan melibatkan varian Delta (B.1.617.2) yang ditemui menerusi kajian berterusan dari 29 Oktober hingga hari ini.

Kajian tersebut dijalankan oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM) dan Malaysia Genome Institute (MGI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut dilaporkan di Sarawak (790), Pulau Pinang (56), Johor (55), Negeri Sembilan (34), Pahang (34), Selangor (31), Sabah (16), Melaka (16), Kuala Lumpur (6), Perlis (6) dan Labuan (3).

Menurut beliau, berdasarkan pecahan, IHCM-UNIMAS telah mengenal pasti sebanyak 790 kes varian Delta (B.1.617.2).

“Sementara, UMBI-UKM dengan 113 kes varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM pula 96 kes varian Delta (B.1.617.2) dan MGI telah mengenal pasti 48 kes varian Delta (B.1.617.2).

Baca juga:   Semua PPV Integrasi di Lembah Klang ditutup - KKM

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 3,692 kes,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,672 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 3,432 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi kes-kes VOI melibatkan 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Wan Kuzain ikat kontrak bersama Rio Grande Valley FC

Wartawan

Terkini

Program Menu Rahmah di IPTA dijangka selepas Aidilfitri

PROGRAM Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijangka akan dilaksanakan selepas Aidilfitri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

Lagi Artikel Berkaitan