32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kes baharu meningkat sedikit, 5,713 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu COVID-19 menunjukkan sedikit peningkatan apabila sebanyak 5,713 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi, berbanding 5,291 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang direkodkan naik kepada 2,492,343 sejak pandemik melanda tahun lepas.

Menurut beliau, sebanyak 5,681 kes yang dilaporkan hari ini membabitkan penularan tempatan iaitu 5,392 atau 94.9 peratus adalah warganegara dan 289 atau 5.2 peratus bukan warganegara.

Beliau berkata, KKM mengesan 32 kes import membabitkan 12 warganegara dan 20 warga asing.

“Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,620 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu katanya, KKM turut melaporkan 555 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sedikit meningkat berbanding 545 kes semalam yang mana daripada jumlah itu 280 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selain itu, sebanyak 5,865 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pulih daripada jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah 2,396,244 kes atau 96.1 peratus daripada kes yang dilaporkan setakat ini,” katanya.

Pada masa sama, ujar beliau, KKM turut mengesan lima kluster baharu, empat daripadanya di tempat kerja dan satu kluster dalam komuniti.

“Ia menyumbang kepada 5,793 kluster setakat ini, dengan 5,426 kluster sudah ditamatkan dan 367 kluster masih aktif,” katanya. -Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan