25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sasar Malaysia pusat kesihatan antara terbaik di dunia – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAN Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021-2025 yang dilancarkan hari ini bertujuan menyediakan Malaysia untuk muncul sebagai pusat pelancongan kesihatan antara terbaik dunia di masa hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelan berkenaan menyediakan panduan jelas kepada seluruh ekosistem industri penjagaan kesihatan negara dan dirangka seiring dengan perkembangan pesat sektor kesihatan sejak pandemik COVID-19.

Menurutnya, sektor kesihatan sejak tercetusnya pandemik COVID-19 lebih menumpukan kepada kualiti perkhidmatan rawatan dan memastikan pengalaman terbaik buat pesakit.

“Saya menyeru semua pihak dalam ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan terutama para pemain industri supaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sehubungan itu menurutnya, pelan tindakan atau blueprint tersebut boleh didapati di https://www.mhtc.org.my/malaysia-healthcare-travel-industry-blueprint/

Advertisements

Khairy juga menyatakan, sejak sedekat lalu, Malaysia telah meraih pelbagai pengiktirafan di rantau ini dalam bidang pelancongan kesihatan.

Menurutnya, Malaysia telah menjadi tumpuan lebih 1.22 juta pelancong penjagaan kesihatan pada tahun 2019 dan berjaya menjana pendapatan hampir RM1.7 bilion.

“Bagaimanapun, pendapatan itu menurun kepada RM800 juta tahun lalu disebabkan impak pandemik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan