24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai kini boleh menjimatkan bajet percutian masing-masing melalui Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before yang ditawarkan menerusi platform e-dagang, Shopee mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab, berkata kempen itu diadakan sekali dengan menawarkan pelbagai pakej percutian menarik di seluruh negara yang turut menawarkan baucar diskaun.

Menurutnya, kempen menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan meningkatkan promosi pelancongan domestik di platform digital.

“Orang ramai yang ingin bercuti boleh menuntut baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM150 bagi tawaran dan pakej pelancongan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA).

“Ini termasuk pakej pelancongan daripada Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, tawaran ini tambahan kepada promosi sedia ada iaitu baucar rebat RM100 bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang serta baucar rebat RM50 bagi hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah, hasil kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Advertisements

Menurutnya, tawaran percutian ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri dan pelancongan domestik.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, kolaborasi bersama Tourism Malaysia melalui kempen ini diharap membantu menggalakkan pembangunan semula industri pelancongan dan semua sektor berkait yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before juga diadakan bersempena festival beli-belah Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung sehingga 11 November ini.

“Sebarang tempahan pakej atau tuntutan baucar diskaun ini boleh dibuat melalui ShopeePay di https://shopee.com.my/m/jom-cuti-cuti-malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan