27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Industri sukan di Johor bakal dirancakkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor yakin dengan kerjasama daripada syarikat swasta dapat menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi ekonomi di Johor.

Perkara itu menjadi menjadi hasrat dan perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi perjumpaan dengan syarikat perbankan, Malayan Banking Berhad (Maybank).

Katanya, Insya-Allah, industri sukan akan dirancakkan lagi di Johor dengan kerjasama pemain-pemain industri terutamanya dari sektor swasta.

“Selain dari faktor kesihatan, sukan juga merupakan salah cara satu yang baik untuk mengeratkan lagi perpaduan sesama bangsa Johor.

Advertisements

“Oleh itu, saya telah berjumpa dengan pihak pengurusan Maybank bagi membincangkan kerjasama strategik bagi memajukan sektor sukan di Johor.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah kejohanan berbasikal bertaraf antarabangsa,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Onn Hafiz berkata, Kerajaan Negeri yakin dengan kerjasama dan kemampuan Maybank, ia akan menjadi pemangkin dalam menyemarakkan lagi ekonomi di Johor, selari dengan usaha dalam meningkatkan lagi prestasi sektor pelaburan dan sukan.

“Tahniah kepada Maybank yang berjaya menganjurkan Maybank Championship 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan