26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Maritim Malaysia Kuala Kurau rampas 50 bubu naga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Kurau yang ditemui pada kedudukan 1.4 batu nautika barat daya muara Kuala Gula, Perak, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, bubu negara tersebut dikesan ketika rondaan pasukan bot peronda di perairan Kerian dan Larut Matang.

Beliau berkata, bubu naga itu dikesan daripada penemuan pelampung putih yang mencurigakan di lokasi terbabit sebelum dirapati untuk pemeriksaan.

“Setelah diperiksa sebanyak 50 unit bubu naga didapati berada di lokasi terbabit dan dinaikkan sebelum dirampas untuk siasatan.

Advertisements

“Kesemua bubu itu dianggarkan bernilai hampir RM4,000 telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohd. Najhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa lesen yang sah.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti maritim khususnya nelayan agar sentiasa menjaga kelestarian ekosistem marin negara dan menggunakan kaedah perikanan yang dibenarkan demi kesejahteraan bersama.

“Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-727 9919 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan