26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

16 kes tipu pelaburan, libat kerugian lebih RM1 juta di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 16 laporan polis diterima mengenai kes penipuan pelaburan dengan melibatkan nilai kerugian lebih RM1 juta mulai tempoh 20 hingga 26 Oktober 2023 lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berdasarkan laporan diterima, nilai kerugian bermula dengan pelaburan kecil sebanyak RM300 sehingga pelaburan terbesar sebanyak RM315,469.

“Nama-nama kes pelaburan yang dilaporkan adalah seperti pelaburan Pslus AERS, Bitcoin, Fxpro, BF* Coin, Sedia Investment Promotion, MIDF, Aplikasi Aico, Krypto Yomaex, Domain, Plan Basic in LN (606) dan Delta,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, modus operandi bagi kes-kes pelaburan adalah mangsa akan ditawarkan untuk memasuki pelaburan dengan dijanjikan keuntungan pelaburan yang berlipat kali ganda dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Advertisements

“Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam sebarang urusan yang melibatkan transaksi kewangan,”katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini modus operandi jenayah komersil.

“Mereka juga boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal bagi menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan