27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Tiket mampu milik untuk peminat konsert Exists di Borneo

Mesti Baca

LEBIH 20 tahun tidak mengadakan konsert di Sabah dan Sarawak, peminat setia kumpulan Exists bakal disajikan dengan konsert hebat daripada kumpulan berkenaan.

Terus mendapat perhatian ramai peminat sejak generasi demi generasi, penganjur acara, Menara Network berbesar hati membawakan mereka dengan acara konsert yang akan diadakan di kedua-dua negeri di Borneo itu.

Pengarah Urusan Menara Network, Dato’ Ab Razif Asmuni berkata, penganjuran Konsert Exists Borneo Tour ini akan mengubat kerinduan peminat kumpulan muzik itu.

“Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan juga adalah  harga mampu milik.

“Saya juga berharap agar penganjuran konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists di kedua-dua negeri itu yang sudah menantikan kehadiran mereka,” katanya.

Konsert Exists Borneo Tour di kedua-dua negeri ini juga bakal menyaksikan anggota-anggota kumpulan ini iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa menggegarkan pentas acara di keduadua negeri.

Lebih menarik, akan ada kejutan di mana, beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu.

Tidak hanya konsert, peminat dan pengunjung juga dapat berkunjung ke acara karnival yang akan berlangsung selama tiga hari di lokasi acara.

Advertisements

Teruja dengan peluang yang diberikan oleh penganjur, vokalis Exists, Ezad berkata, mereka sudah lama menyimpan hasrat mementaskan konsert di Sabah dan Sarawak.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir buat konsert di Sabah atau Sarawak, rasanya sudah lebih 20 tahun.

“Kalau pergi seorang dan persembahan kecil memang pernah, namun konsert berskala besar seperti ini sudah lama tiada. Kesempatan ini membuatkan kami sangat teruja.

“Apabila dapat peluang sebegini, kami perlu ambil. Kami mahu jumpa peminat. Mereka sudah lama menantikan kehadiran kami di Borneo.

“Saya berharap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya pada sidang media Exists Borneo Tour yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert Exists Borneo Tour di Sarawak akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo pada 17 Disember, manakala Konsert Exists Borneo Tour di Sabah akan dipentaskan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 30 Disember depan.

Tiket berharga RM77 hingga RM238 boleh didapati di www.ticket2u.com. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan