25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kegagalan UNSC henti serangan Zionis di Gaza memalukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEGAGALAN Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menetapkan resolusi gencatan senjata di Gaza, Palestin disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya mencermati perkembangan terkini UNSC dalam mencari jalan penyelesaian berhubung konflik yang berlaku di Palestin.

Katanya, laporan PBB menyatakan kegagalan tersebut disebabkan kegagalan usul tersebut mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota UNSC.

“Dalam undian yang dibuat, usul tersebut hanya diterima oleh empat negara anggota iaitu Russia (pembawa usul), China, Gabon, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sahaja.

Advertisements

“Usul tersebut ditolak Amerika Syarikat dan United Kingdom, manakala sembilan negara anggota memutuskan berkecuali iaitu Albania, Brazil, Ecuador, Perancis, Ghana, Jepun, Malta, Mozambique dan Switzerland,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Muhammad Faisal berkata, krisis kemanusiaan di Gaza kian memuncak memasuki hari ke dua puluh hari ini dengan kematian penduduk Gaza mencecah 7,000 mangsa melibatkan kanak-kanak, wanita serta orang tua.

“ABIM menegaskan semua pihak harus meletakkan nilai kemanusiaan di hadapan sebagai jalan menyelamatkan nyawa masyarakat awam dengan menolak kepentingan mana-mana blok politik.

“Kegagalan in juga akan memberi kesan kepada kestabilan politik sejagat kerana kegagalan PBB berperanan di pentas politik antarabangsa,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan